Apr 24, 2011

SUATU PERMULAAN

Bermulanya perjalanan hidup....berakhirnya perjalanan hidup...
seorang insan tidak akan tahu bila pengakhirannya...
yang tahu..hanyalah Allah Yang Maha Esa..

Insan...satu ciptaan Allah Yang Maha Agung...
di mana seorang insan itu akan sentiasa diuji..
diuji dengan pelbagai cabaran hidup...
sehingga seorang insan itu.....
mudah terleka dan lalai dengan kehidupan dan kemewahan dunia...
lalai hinggakan lupa kepada Pencipta...
menantikan keseronokan di dunia...
yang menjadi rebutan umat akhir zaman...
nafsu menjadi pilihan utama...
Astaghfirullah Ala'zim...

Ayuh..sedarlah!!
Ayuh...bangkitlah!!
geraklah wahai umat Islam!
selamatkan umat kita!
jangan dibiarkan lemas..
kewajipan sebagai khalifah menjadi pedoman..
pedoman untuk meneruskan dakwah..
sebarkan dakwah kepada masyarakat yang dahagakan cahaya kebenaran..

Tegakkan kebenaran Islam demi Allah..
tugas sebagai dai'e itu...
akan sentiasa berada di atas bahu setiap kita yang bergelar MUSLIM...






No comments:

Post a Comment