"Katakanlah kepada hamba2 Ku yang beriman, 'hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tiada jual beli dan persahabatan". (Surah Ibrahim:31)
BERSEDEKAH...satu perkataan yang sering kali kita dengar...tp, adakah satu perkataan ini menjadi amalan kita dalam hidup?
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan" (Hadith Riwayat Muslim).
Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka, yakni orang lain.
Oleh itu, bila sampai masa kita ingin menyedekahkan sesuatu kepada seseorang, hulurkanlah pemberian itu dengan hati yang ikhlas. Jangan sekali- kali jadikan perbuatan itu sebagai salah satu cara untuk menunjuk- nunjuk kepada orang ramai. Biarlah sedekah yang kita beri itu, disertai dengan niat Lillahi Ta'ala, di samping ingin membantu orang sekeliling yang kurang mampu.
Dan bila suatu ketika kita didekati oleh peminta sedekah, dan pada masa itu kita tidak mampu untuk menghulur, sekurang- kurangnya hadiahkan sekuntum senyuman kepada peminta sedekah tersebut. Samaada kita menghulur atau tidak, apa yang paling penting ialah, jangan sekali- kali kita menghina mereka. Jangan sekali- kali menghalau mereka. Kerana mereka juga seorang insan seperti diri kita sendiri, mempunyai hati dan perasaan.
Marilah kita menyoal dalam diri kita sendiri. Sudahkah kita bersedekah hari ini?
BERSEDEKAH...satu perkataan yang sering kali kita dengar...tp, adakah satu perkataan ini menjadi amalan kita dalam hidup?
![]() |
| bersedekahlah.. bantu mereka yang memerlukan... |